Untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,
Dimana saja berada Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda
/ Intan payung / gunung berapi etc*
1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan
terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut
pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang
selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan
period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan
menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan
yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan
perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini
relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil
terhadap abang?
2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan
yang abang akan mengalami period abang yang hanya
berlaku 4 tahun sekali ini dari 7hb Jun 2008 hingga 9
Julai 2008. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan
sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan
menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga
hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood
abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di
bawah ini telah disarankan :-
3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa
membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus
tentang Euro 2008. Jika ayang gagal melakukan perkara
ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat
berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa
tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa
diri diabaikan dalam masa period ini.
4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan
bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton
rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi
hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi,
abang yang akan memegang remote control dan hak memilih
chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali
mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.
5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu
tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat
atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan
agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika ayang
bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu
tersebut, pastikan ayang memakai pakaian semula selepas
itu kerana abang takut ayang akan demam kerana
kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk
membawa ayang ke klinik dan juga melayan ayang selepas
itu.
6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan
buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan
pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil
makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada
ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan
sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan
berlangsung.
7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati
perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh
bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang
dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini
terutama jika pasukan yang abang sokong sedang
ketinggalan atau berada diambang kekalahan.
8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat
penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau
melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahawa gol
tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?
9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib
bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan
selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang
tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.
10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka
untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka
ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera
11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang
merungut : sib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana
abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga
selepas period ini akan ada pula English League, Italian
League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.
12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika
pasukan yang abang sokong menang atau player yang abang
sokong menang kasut atau bola emas..pandai- pandai la
ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika
sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka.
13. Akhir kata. Majulah sukan untuk negara!.
Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang
datang setiap bulan.
Suami / bf / kekasih yang tersayang
This article comes from Speedfinger.Org V3:
http://www.speedfinger.org/html/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komentar:
Post a Comment