Mahalnya Sebuah kehormatan

"Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan,
memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian,
pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati
makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki
menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?"
Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab
"Tidak, saya sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan
pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan,
lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu
beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik,
saya sudah kenyang. Lalu, pemuda itu membayar di kaunter
dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut.

Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir
seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak
menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku
tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih
ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang
dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih
membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba
sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja
kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga
kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu
merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan
wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil
itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya
tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya
buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu
memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang
meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana
anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada
orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu
pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya
sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih
buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga
pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu
terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil
usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi
pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak
kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran
seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja
adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu
akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja
keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah
pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis.
Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya
tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda
yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan
menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang
dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan
kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak
kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan
mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti
pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata.
Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang
sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan
kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu,
kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah
akan bererti besar.

This article comes from Speedfinger.Org V3:
http://www.speedfinger.org/html/

Written by

A teacher, A Father, A Husband, A Coach, A HAM passionate...

0 Komentar:

 

© 2013 cikgublues. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top