Layanan pelanggan di Malaysia...

Pagi tadi adalah satu situasi yang memanaskan hati dan perasaan. Ini semua berkaitan dengan layanan pelanggan atau lebih kita kenali sebagai Customer Service. Bagi saya sebagai peniaga, sesiapa sahaja perlu memuaskan hati pelanggan bukan sahaja dengan mutu barangan jualan atau perkhidmatan tapi yang paling penting ialah cara layanan.

Paling saya rasa tak patut dalam kejadian ini ialah saya dilayani oleh pelayan MELAYU dan kedai tu pun kedai MELAYU. Apakah jadahnya saya di layan dengan tak berbudi bahasa. Macam mana yang saya kata tidak berbudi bahasa tu. Saya datang lebih awal dan pesan lebih awal dari dua atau tiga pelanggan lain. Bila menanti pesanan saya, pesanan orang yang kemudian dah dapat, saya dapat lagi sabar. Bila masuk orang kedua pulak, saya dah menggelegak. Tapi saya sabarkan juga sebab tak nak kecoh2 dengan orang yang tengah ramai. Saya cuma menjeling penuh makna kepada pelayan tersebut. Dia tau dia buat salah pulak tu.

Serta-merta saya teringat dengan arwah adik saya yang cukup pantang dengan CS yang buruk macam tu. Pernah sekali masa bulan puasa kami dapat makan pizza free kerana masalah CS di pizza hut. Dan saya pun pernah juga mengamuk gara-gara CS ni. Layanan yang tak adil, mementingkan kroni dan kawan di sebalik perniagaan.

Satu lagi yang saya sangat tak puas hati adalah dengan frasa TAK MAU TOLONG MELAYU. Dalam hal ni ia bukan berkaitan dengan fahaman politik tapi berkenaan mentaliti kelas ketiga orang MELAYU. Kaum ni memang cepat melatah, melenting dan paling jaguh mencari pasal (pandangan saya melalui pengalaman selama  11 tahun hidup dikelilingi orang MELAYU.). Ini kenyataan, bukan hanya telahan kosong. Kalau tak betul tak lah Tun Mahathir boleh tulis buku berkenaan DILEMA MELAYU.

Punya la teruk layanan mereka disebabkan semangat kroni yang kuat. Saya percaya sepenuh hati yang benda ini juga sama sekiranya berlaku peralihan kuasa dalam pentadbiran negara sedikit masa lagi. Malah saya meramalkan yang perkara kronisme dan rasuah akan lebih banyak dan lebih besar.

Agaknya lah macam mana peniaga Melayu nak maju. Belum pun ada perniagaan sebesar KFC dah menunjukkan sikap bodoh-bodoh alangnya. Agaknya perniagaan dia akan maju kalau tak ada pelanggan yang datang. Bodoh sungguh pemikiran peniaga Melayu ni. Kalau kita lihat peniaga dari Siam, China, India dan ramai lagi yang bukan Melayu. Perniagaan mereka akan bertahan lebih lama dan lebih cepat meningkat maju. Dalam masa beberapa tahun mereka dah mengecapi keuntungan dan kemajuan yang pesat. Adakah sebab mereka ni menggunakan bomoh atau bantuan kuasa ghaib.

Jawapannya jelas, tidak. Hanya satu sebab yang jelas iaitu mereka menjaga pelanggan dengan bersungguh-sungguh, sebab mereka tahu tanpa pelanggan mereka tidak akan kemana-mana. Dan itu menjamin kejayaan mereka, bagaimana pula dengan orang Melayu. Mereka ni berniaga nak kaya cepat, tak kisah orang dapat layanan sempurna atau tidak. Habisnya mereka lingkup dengan kebengongan mereka sendiri.

Tak larat saya nak melayan kebodohan satu bangsa yang sentiasa ingin dipuji tapi tidak tahan diuji, hendak dijulang tapi takut dengan ketinggian dan hendak maju tapi kurang berusaha malah malas berusaha.

Apa kata anda hak anda, ini pandangan saya yang dah muak dengan layanan kelas ketiga dari orang yang berminda kelas ketiga.

AKU BANGGA AKU BUGIS...

Written by

A teacher, A Father, A Husband, A Coach, A HAM passionate...

0 Komentar:

 

© 2013 cikgublues. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top