Dah berkurun tak update blog ni...
Kebetulan ada masa free yang memang tiada gangguan. Jadi ambil masa la untuk update balik. Rasanya lepas ni akan terus up to date la dengan blogging.
Sebelum terlupa, TAHNIAH kepada Anakku ALEEYA ERLINA kerana mendapat 5 Anugerah untuk HARI ANUGERAH DAN PENCAPAIAN SK TUNGKU. Teruskan kecemerlangan di masa depan. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Berbalik kepada DAPJKS 2013,
Dah nak masuk sebulan dah aku dengan rakan-rakan seperjuangan dari Sandakan Dasri, Fadzil dan Kama menjadi penghuni tetap TH Hotel Jalan Sembulan, Kota Kinabalu. Kami dengan 50 orang lagi guru dari seluruh Sabah adalah generasi kedua DAPJKS yang bermula tahun lepas.
KPM berhajat untuk melahirkan Jurulatih Sukan bertaraf antarabangsa untuk memenuhi keperluan 1 murid 1 sukan yang menjadi dasar KPM. Hajatnya untuk melihat rakyat Malaysia lebih cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Hampir sebulan agak sarat ilmu yang telah kami pelajari, macam-macam ilmu baru dan disegarkan semula kami dapat dari Pensyarah USSA, Dr. Sonya Wesley dari California. Walaupun dah berumur 53 tahun tapi tahap kecergasannya agak menakjubkan. Kadang-kadang kami pun tidak dapat menandingi kehebatan beliau dalam aktiviti fizikal.
Semalam berlangsung Majlis Perpisahan untuk satu dari pensyarah kami, Mr. Michael Surmrade yang dipindahkan ke Pusat DAPJKS Zon Sarawak. Majlis agak meriah dengan sesi penyampaian hadiah, tarian, karaoke dan sesi bergambar. Kami terselamat dari pertukaran pensyarah. Pertukaran pensyarah hanya melibatkan kelas kedua.
Mujurlah pensyarah kami tidak ditukarkan, jadi kami masih dengan pensyarah lama yang cukup sporting.
Anyway, baru 3 minggu dah cukup banyak pengalaman yang dapat kami timba.
Adios...