Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang
melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an
untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia
berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf
yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta
saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan
dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah
daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa
kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini
menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini
mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama
aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat
dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan
kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak
yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi
hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini
dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran
Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti
Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan
PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara
tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan
satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca
setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan
perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa
bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti
saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai
perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf
otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan
saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan
kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di
kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara
saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan
otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis
Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini
telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

This article comes from Speedfinger.Org V3:
http://www.speedfinger.org/html/

Written by

A teacher, A Father, A Husband, A Coach, A HAM passionate...

0 Komentar:

 

© 2013 cikgublues. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top