Durian Balik Pulau kembali lagi
Pagi tadi ada jamuan durian kat bilik guru, walaupun tak sempat merasa banyak dapat jugak lah merasa seulas dua. Terima kasih pada yang buat kenduri durian tu. Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita, tapi aku nak cerita pasal musim baru durian Balik Pulau yang terkenal seantero tu.
Ada sorang kawan aku dah nak fasih berbahasa cina dek kerana durian. Tapi untuk nama2 durian je lah. Macam-macam nama yang orang kat sini bagi panggilan bagi setiap jenis pokok durian. Yang uniknya setiap pokok durian tu mempunyai rasa, tekstur, warna dan bau yang berbeza. Bagi yang tak berapa peka macam aku, semuanya nampak sama dan ada satu rasa je iaitu rasa SEDAP je.
Udang merah, kucing tidur dan berbagai lagi nama yang aku pun tak berapa nak ingat. Tapi yang itu nama aje, yang buat glamer tu bukan sebab nama tapi sebab durian dari balik pulau ni selalu dapat anugerah kalau masuk sebarang pertandingan durian. Itu yang menyebabkannya glamer seantero Malaysia.
Tapi apapun memang musim durian adalah musim yang dinanti-nantikan oleh ramai orang terutama aku. So yang tak berapa nak sihat tu, berhati-hati lah sebelum nak pergi memuaskan nafsu makan durian anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komentar:
Post a Comment