Rasanya dah lama sangat tak update blog ni. Dengan sibuk melayan karenah isteri yang dah sarat dan anak yang semakin membesar, rasanya masa semakin terhad untuk berblog. Tapi tak pe, itu semua cabaran untuk aku kembali memeriahkan arena per'blog'gan ini.
Aku tertarik dengan beberapa isu baru2 ni terutama dengan isu politikus GAS. Apa yang aku rasa itu semua cuma satu pengalihan tumpuan rakyat daripada 2 isu utama iaitu:
1. Subsidi akan dihapuskan atau lebih tepat lagi harga minyak akan naik lagi dalam masa terdekat ini.
2. Kehilangan tanah kita di Tanjung Pagar yang merupakan tanah berdaulat Malaysia yang cuba dipolitikkan di Singapura.
Apa yang terjadi dalam 2 isu ni korang baca lah sendiri. Banyak sumber yang boleh korang telaah dan teliti. Kebenaran aku tak jamin tapi boleh lah dibahaskan untuk membuka minda kelas pertama kita.
Adios...
0 Komentar:
Post a Comment