Mak Bapak Zaman Sekarang...

Guru Ibarat Lilin...



Minggu ni minggu panas aku kat sekolah sebab ada waris seorang murid datang serang sekolah sebab aku cubit anak dia di padang. Aku rasa bukan aku je akan buat tindakan tu malah sesiapapun akan buat kalau dia ada perasaan la.


Ada kah patut dia datang Latihan Bola Baling ( Aku sebenarnya seorang jurulatih Bola Baling ) dalam masa sama dia tak datang Kelas tambahan yang sedang berlangsung pada masa tersebut.
Aku punya la sabar dan tenang menunggu pemain-pemain bintang (depa la perasan STAR...) aku keluar dari kelas tambahan untuk latihan. Tup...tup datang seorang yang dah confirm ( aku confirm dia takkan capai tahap yang aku nak, maklumlah coach tu....) tak lepas masa sesi pemilihan nanti. Yang bestnya bila ditanya dari mana dengan selamba badak dijawabnya dari rumah cikgu.

Pertanyaan ringkas aku bagi sebelum aku buat twister kat dada. Ko tak pi kelas tambahan ke?. Dengan sengih kerang busuk yang dah berulat dia jawab solan aku. Memang sah nak kena (memang dah kena, ada birat lagi. Birat tu bukan sengaja pun, nak ajar kata orang dah susahkan diri nak ngajar ko. Ko hargailah dengan hadirkan diri).

Yang ni aku confirm mak dan bapak dia tak ajar kot macam mana nak menghargai orang lain. Banyak lagi rasanya yang dibuatnya tak betul dan memang tak disenangi orang sekeliling, tapi sebab bapak dan mak nya yang sungguh protective kat anak semua nya orang pendam je. Aku tak mau lah sampai tak mengHALALkan ilmu yang aku ajar sebab aku seorang pendidik dan aku mengajar dengan ikhlas (kalau ikutkan kat private sector dulu aku punya income lagi masyuk, tapi sebab jadi pendidik memang satu benda yang aku cukup suka jadi aku ak kisah).

Harap2 bapak dia ni sedarlah kesilapan sendiri. Jangan sampai satu masa anak jerkah bapak sendiri sebab kurang didikan sudahla..

AKU MAHU JADI MURABBI....

Written by

A teacher, A Father, A Husband, A Coach, A HAM passionate...

0 Komentar:

 

© 2013 cikgublues. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top