Penutur Jati: Siapa Untung ???

Di khabarkan selepas lebih kurang 4 bulan bermula program penutur jati di sekolah-sekolah terpilih sudah 2 orang tenaga pengajar yang melarikan diri. Maksudnya di sini bukan meletakkan jawatan tapi memang melarikan @ melenyapkan diri. Persoalannya kenapa???
Terlalu banyak spekulasi yang tersebar tapi yang nyata perbelanjaan untuk program penutur jati ini tidak bermanfaat sepenuhnya. Kalau ada pun mungkin setakat 10 atau 20 peratus sahaja. Kenapa saya kata begitu?

1. Terdapat beberapa guru yang mula memasang hajat untuk bersara awal. Kenapa? Agaknya apa rasa anda kalau dah lebih dari 30 tahun mengajar tapi bila terlibat dengan program penutur jati terpaksa bermula dari bawah dengan belajar fonetik dengan slanga dari Ukraine atau Ireland. Bukan umur yang jadi persoalan tetapi kemahiran dan pengalaman dinafikan begitu sahaja sedangkan guru tadi kalau dihitung-hitung mungkin dah beribu anak muridnya berjaya diluar sana.

2. Ramai guru yang terpaksa terlibat dengan program ini merasakan mereka diperbodohkan. Kenapa? Bila berlaku perjumpaan seolah-olah penutur jati tadi mengaut pengalaman dari kita bukan sebaliknya. Mereka yang saya rasa kurang mahir ini berlagak seperti tahu semua. Bila berada dalam kelas bersama guru macam perkara tidak patut berlaku seperti melayari internet untuk mencari maklumat. Kalau setakat nak melayari google saya yang bukan opsyen ni lagi mahir rasanya.

3. Pemilihan tenaga pengajar yang tidak sistematik. Dapatkah korang bayangkan cikgu terpaksa berhadapan dengan lelaki gay atau wanita lesbian yang tidak berselindung malah terang-terang mengaku statusnya. Apa agaknya perasaan cikgu-cikgu itu bila berhadapan dengan orang yang sebegini. Bukan itu sahaja ada juga yang tidak segan silu meneguk arak dihadapan guru-guru kita. Apakah mereka ini yang mendapat begitu banyak kemudahan tidak perlu menghormati kita dan budaya kita. Takkan yang ini pun terlepas pandang juga.

Tapi yang menyedihkan lagi ada pulak puak-puak yang menyokong. Kalau diikutkan saya rasa guru-guru cemerlang di Malaysia pun sudah cukup untuk membantu menaikkan mutu english di Malaysia. Tapi kita kan perlu agungkan bekas penjajah, di nadi kita masih mengalir semangat juang penjajah, jadi apa salahnya kita bagi duit kat penjajah untuk mengajar kita macam mana kita mengajar kan?


Written by

A teacher, A Father, A Husband, A Coach, A HAM passionate...

0 Komentar:

 

© 2013 cikgublues. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top