Tengok la lagi kalau berani...

Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah
mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram. Lelaki
ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang
berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil
haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu
tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah
tumpangannya.


Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang
dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya.
Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi
tidak dapat sembahyang dalam masjidil haram. Melihat keadaan yang sungguh aneh
ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati
lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya
cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.


Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang
telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah
kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya itu pun
pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah
sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita
apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu
bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai
hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah
pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem
lucah.


Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke
masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel
menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan
perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya
diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai
ke pintu.


Ini merupakan kisah benar dan banyak lagi kisah menarik DatoĆ¢€™ Dr Harun Din yang

Written by

A teacher, A Father, A Husband, A Coach, A HAM passionate...

0 Komentar:

 

© 2013 cikgublues. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top