Kursus Pengurusan Stres




Assalamualaikumm Wbt.




Lam betul tak updated aku punya blog ni. Baru-baru ni aku dan semua rakan-rakan seperjuangan diwajibkan untuk menghadiri satu Latihan Dalam Perkhidmatan yang bertajuk Pengurusan Stress. Alah semua pun tahu kan, pegawai kerajaan kena ( wajib ) untuk menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun untuk kemajuan perkhidmatan.




Nak dijadikan satu cerita,




Pagi lagi kami ( aku, Ad, Arman, Kurnia n Sham ) dah lepak minum kat 'Jambatan'. Sambil cerita perkembangan Euro 2008 dan perkembangan politik semasa, kira-kira 8.25 kami gerak pergi ke sekolah untuk memulakan tugas sebelum menjalani kursus. Biasalah sesiapa yang jadik cikgu tau lah ( Bila ada program mula ader Jawatankuasanya dan bla..bla..bla... )




Latihan ini ada dua sesi maknanya ada dua penceramah lah. Sesi satu sorang pegawai kaunseling dari JAIPP memberikan ceramah berkaitan stress. Tak ingat dah tajuk tapi berkaitan dengan stress lah. Pas abis sesi tu, apalagi gi lah minum pagi ( kengkawan tadi nyempat lagi pekena ping-pong 3 set... ) Sesi kedua kira banyak ok lah berbanding sesi satu tadi. Sesi ni agak bising dengan gelak dan tawa cikgu2. Bukan senang nak tengok cikgu2 ni gelak beramai-ramai. Penceramahnya adalah Pengarah FAMA wilayah Utara, En Ariffin namanya. Lawak betul, semua cikgu dia pekena.






Written by

A teacher, A Father, A Husband, A Coach, A HAM passionate...

0 Komentar:

 

© 2013 cikgublues. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top