Liga Juara-Juara Eropah


MONACO 28 Ogos - Penyandang juara, Barcelona akan berdepan Inter Milan, Dynamo Kiev dari Ukraine dan pendatang baru dari Rusia, Rubin Kazan apabila diundi dalam satu kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara di sini awal, pagi ini.

Gergasi bola sepak Eropah, AC Milan dan juara sembilan kali Real Madrid diundi dalam kumpulan yang sama dan akan berdepan Olympique Marseille dan FC Zurich.

Manchester United, juara 2008 yang kalah kepada Barcelona pada perlawanan akhir musim lalu, akan menentang CSKA Moscow, Besiktas dari Turki dan kelab Jerman, VfL Wolfsburg.

Chelsea, yang memburu kejuaraan pertama di bawah pengurus baru Carlo Ancelotti - yang pernah menjulang kejuaraan sebagai pemain dan pengurus ketika di Milan - akan bertemu Porto, Atletico Madrid dan APOEL Nicosia, yang pertama kali mengambil bahagian.

Pertandingan peringkat kumpulan akan bermula pada 15 dan 16 September ini dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 22 Mei depan di stadium Santiago Bernabeu, Madrid. - Reuters

Kumpulan Liga Juara-Juara

Kumpulan A

Bayern Munich, Juventus, Girondins Bordeaux, Maccabi Haifa

Kumpulan B

Manchester United, CSKA Moscow, Besiktas, VfL Wolfsburg

Kumpulan C

AC Milan, Real Madrid, Olympique Marseille, FC Zurich

Kumpulan D

Chelsea, Porto, Atletico Madrid, APOEL Nicosia

Kumpualn E

Liverpool, Olympique Lyon, Fiorentina, Debrecen

Kumpulan F

Barcelona, Inter Milan, Dinamo Kiev, Rubin Kazan

Kumpulan G

Sevilla, Rangers, VfB Stuttgart, Unirea Urziceni

Kumpulan H

Arsenal, AZ Alkmaar, Olmpiakos Piraeus, Standard Liege

Written by

A teacher, A Father, A Husband, A Coach, A HAM passionate...

0 Komentar:

 

© 2013 cikgublues. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top